Bersama Diana Amir Bersama Ustaz Don Danial dan Nabil Raja Lawak Bersama Wakil Nasyid.FM Di Majlis Merisik Di Majlis Perkahwinan Joe

Monday, August 27, 2012

1 Tahun Berlalu


Setahun lebih da berlalu...da berhabuk da blog aku siap bersawang lagi. Entah secara tiba-tiba je hari nie tergerak hati aku untuk mengunjungi blog yang aku da tinggalkan dekat setahun lebih dan secara automatiknya memperbaiki blog aku nie. Da lama tak ber"update" maklumlah sibuk dengan study ape sume plus aku saje "hide" blog aku dulu atas sebab-sebab tertentu yang takleh nak nyatakan kat sini. Apepun harap-harapnye korg still follow blog aku...haha.

Well, hari nie aku ceritakan serba ringkas je lah psl ape yang berlaku dalam masa setahun lebih tue ye. Pertamanya, dari segi pelajaran aku...Alhamdulillah, makin hampir untuk menggenggam segulung ijazah dan InsyaAllah study aku akan tamat lepas aku amik "final exam" dalam bulan Oktober 2012 nie. Da penat sgt aku tgk buku-buku ngan kertas soalan bagai. Naik tepu da otak. Lepas tue adalah masa untuk aku buat praktikal lak. Kat mana tempatnya korg jgn tanya aku lg. Aku pun lom start cari tempat lg...haha. Sepanjang aku tinggalkan blog nie, aku fokus diri kat study. Sometimes, ade gak dalam hati nie perasaan nak putus asa. Da penat sgt weh...tp aku gagahkan diri teruskan juga. Yang penting, senangkan hati mak ayah betul tak? :)

Da abes cite pasal study kite beralih lak pada aktiviti aku. Well, baru-baru nie dalam bulan Julai 2012 aku terlibat dgn Ekspo dan Festival KUIS ke-15 atau dlm bahasa ringkas EKSTIVAL KUIS sempena majlis konvokesyen KUIS. Jadi aku join biro Multimedia since aku pun budak IT. Banyaklah pengalaman yang aku dpt. Macam mana nak handle event, fotografi dan yang paling best dapat bergambar ngan artis. Haha...After that, lepas EKSTIVAL nie tamat maka buat pertama kalinya tertubuhlah satu kumpulan freelance yang dinamakan KS Motion Picture. Kalau korg nak tau lebih lanjut bole la bukak link nie ye: ksmotionpicture.blogspot.com. So, servis kami nie berkisarkan kepada fotografi, videografi, majlis korporat dan bakat serta artis. Aku malas nak cite panjang-panjang so korg tgk la sendiri :)

Aku rse wat masa nie cukuplah smpi sini sbb aku nak kene bersiap gi "open house" kawan aku. Next time aku cite pasal raya 2012 lak.  So, until next time, bye-bye :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...