Bersama Diana Amir Bersama Ustaz Don Danial dan Nabil Raja Lawak Bersama Wakil Nasyid.FM Di Majlis Merisik Di Majlis Perkahwinan Joe

Wednesday, March 23, 2011

Luahan Hatiku :(



Erm... aku tak tahu dimana harus aku mulakan kisah ini...kerana malam tadi adalah malam yang sgt menyedihkan bagi aku. Aku sendiri tak tahu kenapa tiba-tiba tergerak dalam hati aku utk tgk drama bersiri Lagenda Budak Setan. Dan tak sanggup rasanya utk aku teruskan tgk drama bersiri tu. Dari episod 1 smpilah pada episod 10 biarpun ada byk lg episod yang belum aku sentuh. Semakin aku menghayati citer nie semakin sayu hati aku. Sungguh...tanpa aku sedari menitis air mata ini mengalir dipipi. Mungkin kerana apa yang aku alami sekarang nie membuatkan hati ini terasa pilu. Lagi-lagi bila masa part yang menyedihkan  :(

Sedikit sinopsis "Lagenda Budak Setan" utk dikongsi bersama: Kisah percintaan seorang lelaki bernama Akasyah yang satu ketika dahulu digelar "Budak Setan" kerana perangai nakal dan selalu menimbulkan masalah ketika zaman persekolahan dengan seorang wanita bernama Ayu, gadis pertama yang telah membuka pintu hatinya utk mengenal erti sebuah percintaan. Cinta sejatinya demi Ayu membuka ruang pada hatinya utk berubah.  Kerana cintanya pada Ayu yang mendalam dia sanggup menanggung penderitaan bertahun lamanya walaupun Ayu telahpun sah menjadi milik lelaki lain, Azmi. Dan Ayu pula, hidupnya tidak merasa bahagia kerana Azmi sentiasa menyakiti hatinya. Dalam diam Ayu terseksa kerana dia lebih cintakan Akasyah. Namun setelah sekian lama terpisah akhirnya mereka dpt bertemu jua...memupuk kembali cinta yang pernah mereka bina dahulu.

Sambil aku tonton citer nie...aku terbayang saat-saat itu. Hati ini yang dulunya juga keras seperti Akasyah menjadi cair saat aku bertemu dengannya. Aku yg dahulunya juga tidak percaya pada cinta menjadi kelu bila mata ini terpandang diri gadis yang pertama ingin aku miliki selamanya. Dan dari saat itu aku berusaha utk mencuri hatinya, merebut cintanya. Aku bertuah kerana cinta yg aku cari selama ini terbalas dgn kehadirannya yg sudi menerimaku. Selama hampir setahun bersamanya banyak yg aku telah pelajari. Aku kenal erti kasih sayang. Sedikit demi sedikit aku cuba berubah walaupun tidak sepenuhnya. Namun takdir menentukan segalanya. Mungkin kerana kesilapan yang aku lakukan telah menyakiti hatinya. Hinggakan dia ingin pergi dari diriku ini menerima cinta lelaki yang lebih baik dari aku...yang membuatkan dirinya bahagia. Tapi aku tidak menyalahkan dirinya. Kini telah aku lepaskan dirinya agar dia dapat hidup bahagia biarpun terlalu berat dan menyeksakan hati ini. Rela ku korbankan cintaku agar dia temui kebahagiaan dicari. Dan aku hanya mampu melihat dari jauh. Sesungguhnya hati ini terlalu sayang padanya. Hati ini jugalah yang mencintai dirinya sepenuh hati. Tersemat dalam hati ini utk menjadi lelaki seperti Akasyah. Terikat janjiku padanya utk menunggu dirinya, utk membahagiakan hidupnya semula satu hari nanti walau apapun yang berlaku, aku akan tetap menerima dia seadanya. Walau bertahun ku menanti, cintaku padanya ku hrp dan doakan semoga tidak berkubur begitu saja. Moga satu hari nanti cinta sejati yang ingin ku curahkan padanya akan terbalas kembali.

Meskipun kisah cinta aku nie tidak sama dgn citer tu tp sedikit sebanyak ianya membuatkan aku teringat kembali saat-saat pahit manis aku dan dia. Walaupun sedih dgn perpisahan ini tp aku redha dgn takdir yg menimpa. Aku anggap ini semua dugaan utk aku belajar lagi mengenal erti kesabaran. Seandainya ketika ini dia sedang membaca apa yang aku titipkan disini, ingin sekali ku katakan padanya...Telah ku maafkan dirinya. Akan ku setia menantinya. Hati ini kan sedia menerimanya kembali andai dia ingin pulang padaku biar bertahun lamanya. Semoga dia mengerti betapa aku ingin kembali merasakan cinta bersama dia.
Dan aku cinta dia sepenuh hatiku...selamanya...   

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...