Bersama Diana Amir Bersama Ustaz Don Danial dan Nabil Raja Lawak Bersama Wakil Nasyid.FM Di Majlis Merisik Di Majlis Perkahwinan Joe

Monday, April 11, 2011

7 Asas Dalam Percintaan

 
Setelah agak lama tak mengupdate status blog nie (da mcm update status Facebook lak ye) ari nie aku nak kongsikan ngan korang asas utama dalam perhubungan cinta. Jujur aku ckp ape yg aku kongsikan nie lahir dari hati aku sendiri. Bukan nak kata aku nie tau segala-gala pasal cinta dan kasih sayang sbb aku sendiri smpi skang masih lagi belajar mengenal erti dan maksud cinta tp selepas pernah menjalani suatu kehidupan cinta dan merasai sendiri kejatuhan dan kesusahan dlm mengharungi kehidupan tue, sedikit sebyk aku pelajari makna cinta itu sendiri. Aku juga dalam masa yang sama dan sehingga kini masih belajar memperbaiki diri aku melalui 7 aspek nie. Apepun mana yang betul jadikan panduan, mana yang salah jadikan iktibar. Jadi buat korang kat luar sana yg tgh hangat bercinta tue ambil la sedikit panduan ye agar tak tersilap langkah dan faham erti cinta nie.

1. Kesabaran

Dalam apa jua situasi samada korang sdg marah ke, dimarahi ke dgn kekasih ke, ada masalah dalam perhubungan ke atau kena tinggal dgn kekasih korang ke, kesabaran amat-amat diperlukan. Ini penting sbb andai korang tak sabar maka konflik yang timbul akan jadi makin keruh. Contoh paling senang ialah bab kemarahan. Perlu igt bahawa api kalau berlawan dgn api sudah tentu api tu makin marak menyala. Seandainya salah sorang dr korang marah kerana hal tertentu, jgn terus melenting atau serang pasangan korang membabi buta. Adalah lebih mudah kalau korang bersabar dan dgr dahulu apa yg dia ign nyatakan. Begitu juga yg dimarahi, cuba bersabar dan biarkan dia meluahkan kemarahan tue barulah memujuknya. Seolah-olah api itu kita siram dgn air. Maka sudah tentu kemarahan dia akan reda. Begitu juga dlm konteks perpisahan. Jgn korang terus ckp bukan-bukan smpi nak bunuh diri. Seolah-olah kita mengugut dia. Bukankah lebih baik kita bersabar dan berdoa pada Tuhan? Dan percayalah, suatu hari nnti cinta yg korang cari tu akan dtg jua..mungkin dgn org yg lebih baik dan mungkin juga dia akan kembali pada korang...siapa tahu? :)

2. Kejujuran

Terus-terang aku ckp bab kejujuran paling korang kena titik beratkan sgt-sgt. Sebab kalau kerja korang asyik nak menipu je pasangan korang, peluang utk korang kena tipu blek mmg tinggi...percayalah. Dan tak guna korang nak menipu pasangan korang sbb smpi bila penipuan tue korang nak sorok? Smpi masa kebenaran akan terbongkar jgk. Seandainya korang tidak jujur dlm perhubungan, nescaya sifat kepercayaan akan musnah begitu je. Kejujuranlah yang menjadi landasan kepada keutuhan percintaan.

3. Kesetiaan

Tidak sah kalau bercinta tak sentuh bab kesetiaan nie. Nie pun berkait rapat dgn kepercayaan. Bagi korang yg sdg berpasangan, belajarlah utk menjadi seorg yg setia. Dan utk mempelajari kesetiaan nie korang kena benar-benar kuat semangat dan cekal hati. Tanamkan azam dalam hati korang utk cuba setia kepada pasangan korang tak kiralah yg sdg couple ke, dah bertunang ke atau yg dah berkahwin kerana kebanyakan kes perpisahan atau bercerai skang nie terjadi sbb tak faham erti kesetiaan tue sendiri. Cuba bayangkan perasaan pasangan korang yg sdg gembira dgn kehadiran korang tp tetiba korang carik org lain selain dia. Sudah tentu hancur luluh hati dia bila korang buat cmtue. Bila dah terjadi cmtue jujur aku ckp secara automatik hubungan korang akan jadi rapuh dan keruh sbb pasangan korang dah kurang mempercayai korang. Dan biasa terjadi diakhirnya berlaku pertengkaran seterusnya perpisahan yg memeritkan.

4. Tolak-Ansur

Dlm hal nie, korang mmg kena tolak ansur dgn pasangan korang dlm apa jua situasi. Cubalah utk memahami kehendak pasangan korang. Contoh paling senang ialah bab perbelanjaan. Pasangan korang keluar dating dgn korang tp dia je yg asyik keluar duit. Bila smpi masa korang keluar duit mulalah jadi kedekut. Bukankah lebih elok korang bertolak ansur? Sekali-sekala keluarlah sedikit perbelanjaan utk pasangan korang pula. Kalau pasangan korang belanja makan, bila time pergi tgk wayang korang pula belanja. Tp jgnlah smpi bila dia belanja korang ajak pergi tmpt mahal-mahal, cukuplah sekadar termampu. Atau juga bab perbincangan mengenai hubungan korang. Andai dia beri pendapat atau idea bgmana nak menceriakan hbgn korang, maka bertolak-ansurlah dgn menerima sedikit sebyk pendapat atau idea dia. Jgn la kerja asyik nak membangkang je, nescaya dia akan terasa hati.

5. Sanggup Berkorban

Asas nie aku rasa mmg tak ramai org sanggup buat. Sbb apa? Sbb kadang-kadang ego tue terlalu tinggi dan tak nak mengalah. Apa salahnya korang berkorban demi pasangan korang? Kalau pasangan korang tue memerlukan korang pada saat itu cubalah korbankan sedikit masa utk dia. Jgn jadi terlalu ego smpikan nak jumpa kejap pun tak boleh dgn seribu alasan. Kalau yang sdg bekerja sesibuk manapun, apa salahnya korang luangkan sedikit masa utk dia tak kiralah malam ke atau hujung minggu ke. Percayalah,,,pasangan korang akan tetap menghargai pengorbanan korang walaupun korang jumpa sekejap saja.
 
6. Saling Memberi Nasihat

Sebagai kawan, kekasih atau suami, jgn dilupakan asas nie. Sekiranya korang ternampak kesilapan yg pasangan korang lakukan, cepat-cepat tegur dia dgn cara yg paling berhemah. Kerana kebanyakan org senang dinasihati jika dilakukan dgn cara yg betul. Jgn pula bila korang nmpk kesilapan dia korang tengking dia atau memarahi dia dgn cara keras tak ubah seperti korang nak bukak pintu rumah dgn terajang pintu tue sdgkan kunci ada di poket seluar (pepatah aku baru cipta). Dah tentu-tentu korang yang kena tengking blek. Silap haribulan kena penampar sedas dua. Tegurlah dgn baik tanpa menyakiti hati pasangan korang.

7. Ingat Pada Tuhan

Yang nie asas paling penting skali. Manusia mmg selalu lupa asas nie bila berpasangan. Aku gak selalu sgt lupa asas nie. Smpi skang aku masih belajar bab peringatan nie. Terlalu penting peringatan Tuhan nie pada manusia. Jaga kehormatan diri korang dan diri pasangan korang di mana jua berada. Jgn hebahkan keburukan pasangan korang walaupun korang benci sgt-sgt smpikan satu bandar tahu. Begitu jgk kalau sudah namanya berdating berdua, nafsu dan syaitan sentiasa berusaha utk menyesatkan korang. Sebagai contoh paling senang ialah solat. Kebanyakan dari kita termasuklah aku sendiri mmg akan lupa sgt-sgt kalau dah keluar berjalan bersama pasangan. Naik kereta lalu tepi masjid...radio tgh siarkan azan pun kita wat selamba je. Last-last langsung terlupa nak solat sbb tgh seronok berjalan-jalan. Dan yang paling sadis kalau di antara kita melakukan perkara yg tak elok pada pasangan kita atau senang cite romen (maaf...bahasa kasar). Nasihat aku pada korang yang dok syok sgt buat benda-benda nie...Cukup-cukuplah lakukan maksiat. Percayalah kalau korang buat benda tak senonoh kat pasangan korang smpi satu masa nnti kalau pasangan korang dah bosan dgn korang, jgn ditanya kenapa korang kena tinggalkan. Dan jgn ditanya kenapa jika tetiba pasangan korang lakukan maksiat dgn org lain. Andai asas paling penting nie korang tak jaga maka peluang utk hubungan cinta korang mekar sepanjang masa terlalu tipis.

Sama-samalah kita renung-renungkan 7 asas dalam percintaan nie. Semoga hubungan cinta yang kita bina akan sentiasa kukuh sehingga ke jinjang pelamin dan seterusnya ke akhir hayat... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...